Sabtu, 16 Februari 2013

Kurang Air Jejas Emosi




Menjaga keperluan air di dalam tubuh bukan hanya sekadar saranan semata-mata, tetapi ianya mempunyai manfaat tersendiri.

Bagi kita yang sering menahan dahaga, sebaiknya cuba jauhi kebiasaan tersebut. Ini kerana, melalui sebuah kajian di Amerika's University Connecticut mendapati bahawa dehidrasi ringan boleh mempengaruhi emosi, tenaga dan kemampuan seseorang untuk berfikir waras.






Dehidrasi ringan selepas melakukan aktiviti fizikal, baik berjalan kaki selama 40 minit, mahupun duduk tanpa minum air dalam tempoh lama, boleh memberi kesan buruk yang sama.

Rasa haus memang akan berlaku setelah tubuh kekurangan air sekitar 1  hingga 2 %. Namun ketika sudah mencapai titik tersebut sebenarnya, tanpa disedari dehidrasi sudah mempengaruhi prestasi tubuh dan fikiran.

Dehidrasi ringan bagi wanita boleh menyebabkan kelelahan dan pening  kepala, sehingga sukar untuk memberikan tumpuan. Sementara itu, bagi lelaki pula dehidrasi ringan akan membuat beberapa kesukaran dalam menjalani tugas-tugas yang berhubungan dengan mental, khususnya pada aspek disiplin dan memori, serta mengalami keletihan, ketegangan dan kebimbangan.

Demi menjaga kecukupan air di dalam tubuh, para pakar merekomenkan untuk minum air sekurang-kurangnya due liter setiap hari. Selain daripada itu, tambahkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi banyak air. 

Oleh itu, berapa jumlah air yang optimum untuk kesihatan yang baik?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.

Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda peprlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air.

Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.

Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.

Rasa haus sebagai penunjuk!

Sesetengah yang percaya bahawa rasa haus tidak boleh menjadi petunjuk yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum. Ini adalah disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan. Malah sesetengah mereka yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang kehausan.

Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air

Ada juga yang berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. Selain itu, sesetengah perisa tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urine anda.

Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam sehari serta mengambilkira diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa haus anda. Jika anda merasakan yang anda memerlukan air, ingat selain air, anda juga boleh mendapat bekalan air untuk sistem badan daripada beberapa jenis makanan.
 
sumber:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan