Jumaat, 15 Mac 2013

Gastrik, Ya Alah sakitnya perut ni!!!!

Pasti inilah perkataan yang sering keluar kepada pengidap gastrik. Umi sangat2 simpati pada rakan2 yg menghidap gastrik.

Umi ada buat sedikit kajian tentang gastrik di laman sesawang. Semoga dengan ilmu yang sedikit sebanyak ini dapat menbantu kita yang mengalami sakit gastrik.

Jom baca info mengenai gastrik dan cara mengatasinya.

Insyaallah kita usaha untuk mengubatinya & Allah jua yang menyembuhkannya.



 
Apa itu gastrik
  • Istilah perubatannya, gastritis, sejenis penyakit keradangan pada dinding/ pengalas/ mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H.pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
  1. Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  2. Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Punca Gastrik
  1. Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk.
  2. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.
  3. Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang.
  4. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.
  5. Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut.
  6. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.
  7. Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan.
  8. Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.
  9. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
  10. Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.
  11. Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.
  12. Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.
Gejala Gastrik
  • Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
  • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol. 
  • Mual. 
  • Muntah. 
  • Hilang selera dan terasa sebu. 
  • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit. 
  • Hilang berat badan.
  • Pedih ulu hati.
Bahaya Gastrik
  • Jika keradangan ini dibiarkan tanpa rawatan, lama kelamaan ia boleh menyebabkan ulser.
Fakta Simptom gastrik 
  • Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 
  • Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 
  • Terasa loya.
  • Berat badan turun. 
  • Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 
  • Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 
  • Kerap sendawa.
Pengalaman pesakit gastrik  

 

Testimoni tersebut merupakan
pengalaman pesakit gastrik yang lambat menerima rawatan sehingga pundi hempedunya terpaksa dibuang.


 












Lagi Testimoni Gastrik










Cara Mengawal/Menangani Gastrik
  • Lazimnya, gastrik dirawat dengan pil yang membantu mengurangkan simptom angin dalam badan dan pengambilan prebiotik yang mengandungi beberapa jenis bakteria baik yang melawan Helicobacter pylori tadi.


BEBERAPA langkah boleh diambil untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik
  1. Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.
  2. Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
  3.  Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  4. Elakkan tidur sebaik selepas makan. Petua orang tua2 ini sebenarnya amat bagus kerana perbuatan tidur sebaik selepas makan mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah2 kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan,
  5. Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.
  6. Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
  7.  Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.
  8. Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.
  9. Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
  10.  Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.
  11. Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit.
Bagaimana Shaklee boleh membantu?
 
 




B Complex dan Ostematrix untuk Gastrik





 

Jika anda sering mengalami masalah perut berangin yang menyumbang kepada masalah gastrik, kita syorkan B Complex, Ostematrik dan ESP untuk membantu mengurangkan gejala ini.
ESP merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelak kepada masalah kembung dan gastrik.
B Complex dan Ostematrix pula disarankan kerana kandungan supplemen ini menyamai ubat gastrik yang dibekalkan doktor namun, ianya lebih semulajadi, tanpa pengawet, pewarna atau perasa tiruan.

Jika anda berminat mengawal gastrik dengan cara semulajadi, sihat dan tanpa ubat-ubatan yang boleh membawa kesan jangka panjang, sila hubungi Umi.

Ingin info lanjut hubungi saya :
Call / SMS : 013-9753435
Email : Norshida.zakaria@gmail.com
YM saya : Norshidazakaria
FB : Umi Shida & Fan Page FB :Umishidaonline

** I FOLLOW **

Tiada ulasan:

Catat Ulasan