Sabtu, 2 Februari 2013

Cari Teman Sebagai Cermin



Assalamualaikum w.t.b

Motivasi diri utk hari ni umi nak share mengenai teman yang sentiasa beriring dengan kita siapa kah mereka? & siapakah kita?... Jom baca 5 minit je ^_^



K selain cermin mati di rumah kita tu, kita perlukan cermin hidup untuk melihat wajah kita, untuk melihat siapa kita, untuk menilai siapa kita. Cermin hidup adalah insan yang kita yakini, yang boleh memberikan jawapan @ gambaran siapa kita, apa kita, bagaimana kita di khalayak sebenarnya.

Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenar. Kalau kita ada tahi lalat, cermin mati akan menunjukkan yang kita memang ada tahi lalat tu, tapi kalau kita ada sifat buruk di sebalik wajah yang cantik @ pun hensem tu, bolehke cermin mati beritahu kita? tentu tak kan.

Sebab tu kita perlukan cermin hidup, iaitu seseorang yang boleh membicarakan tentang kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan2 bodoh kita, sifat terburu2 kita, sifat panas baran kita, kaki mencerca kita, kaki mengumpat kita & macam2 lagi sifat mazmunah.

Kita sebenarnya perlukan seseorang yang selesa yang boleh bercakap, berbicara, bercerita hal kita kepada diri kita sendiri tanpa ada rasa ragu2, tanpa takut2, tanpa was2 bahawa kita akan tolak dia. Maksudnya macam ni, cermin hidup ni seorang yang amat jujur, baik, berhemah, tapi tak begitu rapat sangat dengan kita, namun kita yakin yang dia boleh berikan pendapat dia pada kita tentang siapa kita ni.

Hah, mampukah kita mendapat orang sebegini? Tak mustahil kita ada teman yang macam ni kalau kita sendiri adalah cermin yang terbaik untuk orang sekeliling kita kan?.

Inilah watak cermin hati kita, cermin yang boleh bercakap & tidak sekadar menunjukkan bagaimana wajah kita, bagaimana hidung kita, bagaimana biji mata kita, tapi memberitahu kita jauh lebih daripada itu. Cermin hidup kita akan memberitahu kita secara jujur siapa kita yang sebenarnya. Dia akan beritahi kita bagaimana hati kita. Kalau sebelum ni hati besar kita selalu cakap besar tentang diri kita, & hati kecil selalunya kalah, cermin hidup boleh membantu membelai hati kecil sebab hati kecil selalunya lebih jujur.

Nak cari di mana orang macam ni, orang yang boleh membantu kita mengenali diri kita sendiri? InsyaAllah kita akan bertemu.

" Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahaja itu belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak". 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan