Sabtu, 16 Mac 2013

Pengetahuan Asas Tentang Susu Ibu

Assalamualaikum... ha! hari ni umi ada info yang sangat bagus nak sahre dengan mummys kat luar sana. Info ni umi dapat dari sebuah majalah . K jom baca ye rasanya ramai yg tak ambil pusing pusing pasal ni :'(...

Dari masa mengandung lagi diberi cadangan agar semua bakal bakal ibu yang ada niat nak susukan anak dengan penyusuan susu ibu dapatkan segala jenis pengetahuan tentang penyusuan bayi.

Info Yang Perlu Ibu2 Tahu
  1. Perlu positif dan sentiasa percaya bahawa susu tu ada sebaik melahirkan anak. Jadi, sebaik baby keluar, kalau dalam keadaan sedar tu terus je suakan nenen pada baby. Stimulation dalam jam2 pertama adalah sangat penting.
  2. Susu yang awal adalah dipanggil kolostrum dan berwarna kekuningan (jernih). Jangan pulak picit atau pam keluar warna kuning ingat tu bukan susu lepas tu buang pulak.
  3. Breast tak bengkak bukan petanda susu sikit atau tak cukup - Awal kelahiran breast akan bengkak sebab badan nak adjust keperluan baby. Lepas dapat adjust biasanya tak berapa bengkak dah. Tak bengkak jangan pulak tunggu bengkak baru nak bagi baby. Nanti supply makin kurang.
  4. Baby kerap menangis atau suka bergayut bukan bermaksud susu tak cukup - Baby perangainya memang macam tu. Way of communication cuma menangis bila dia tak selesa, terlalu sejuk, panas, diapers basah, sakit perut, kena gigit semut, kena gigit ngan nyamuk atau saje nak perhatian dan kasih sayang.. Jangan panic. Check diapers, perut, suhu.. atau simply cuddle.
  5. Baby fully breastfeed ada potensi tak berak berhari hari dan ada kalanya lebih seminggu. Just check kencing banyak tak. Perut keras ke lembut.
  6. The best cure untuk jaundis atau kuning adalah susu ibu. Regardless apa orang keliling kata, atau petua diorang bagi jangan la bagi benda selain dari susu ibu. Tereutama jangan bagi susu kambing segar kat baby. Pernah terbaca, susu kambing segar agak "panas". Baby tak boleh digest sebab sistemnya tak matang lagi. Ini menyebabkan baby cirit birit. Sebab tu kuning turun. Jangan risikokan baby. Ok kat anak orang lain belum tentu ok untuk anak kita.
  7. Susu tak cukup nak top up dengan FM atau bagi makan bubur atau nestum cair gila - Kalau ada niat nak breastfeed sampai umur dua tahun, sila jangan start top up dengan benda lain. Breastfeed is about demand and supply. Give more and you will produce more. Additionally, bagi nestum atau apa jenis makanan pun kat baby. Kalau bukan sekarang, perbuatan tu akan menyebabkan macam macam masalah dalam kehidupan anak tu. Dari obesity, diabetes sampai la ke masalah alergi dan masalah lain.
  8. Masalah puting tenggelam bukan bermaksud tak boleh direct feeding - Baby tak latch pada puting. Tapi kalau tak pandai mintak tolong nurse ajar. Kena masuk bahagian areola tu dalam mulut baby. Atau pun, ada yang suggest guna breast shield. Bila da start direct feeding, yang tenggelam tu akan timbul sikit.
  9. Breastfeed tak sepatutnya menyakitkan - Latch kena betul, posisi biar selesa. Kalau czer, tengok posisi paling sesuai.
  10. The best way to maintain and increase production adalah dengan perbanyakkan pam/direct feeding dan positive attitude.

    Credit: Majalah Pa & Ma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan