Rabu, 6 Februari 2013

Pertumbuhan Bayi

Salah satu perkara yang paling membahagiakan bagi ibu bapa ialah ketika dianugerahkan permata hati. Dengan kehadiran permata hati, keluarga akan semakin lengkap kerana ada generasi yang menjadi penerus keluarga. Akan tetapi kebahagian tersebut bukan hanya di situ kerana di sebalik kehadirannya terdapat tugas penting bagi ibu bapa iaitu merawat & membesarkannya agar sihat & normal seperti anak yang lain.



Perkara utama yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa ialah pertumbuhan anak berkembang secara berterusan & memiliki keperluan yang berbeza dengan orang dewasa. Oleh kerana itu, ibu bapa harus memahami proses anak yang sedang membesar & berkembang misalnya keperluan nutrisi & persekitaran anak agar dapat membesar dengan baik.

Salah satu tanda bayi tersebut sihat ialah dia mengalami pertumbuhan yang sesuai dengan usianya. Pertumbuhan lebih ditekankan pada pertambahan ukuran fizikalnya iaitu menjadi lebih besar @ lebih matang bentuknya seperti pertambahan berat badan, tinggi badan & ukur lilit kepala. Oleh kerana itu, perubahan tinggi badan, berat bayi & ukur lilit kepala ialah kunci penting yang menandakan keseluruhan kesihatannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan