Jumaat, 1 Februari 2013

Motivasi Diri



DI MANAKAH CINTA?

Masih bersinar atau sudah pudar cinta dalam rumah tangga kita?






Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya. Ayuh, lihat kembali "di mana Allah" dalam rumah tangga kita. Di mana :

1. solat jemaah,
2. tazkirah,
3. sedekah,
4. bacaan Al-Quran (tilawah bersama)...

Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu. Tunaikanlah HUKUM-HUKUM cinta dalam apa jua keadaan.

Antara hukum cinta yang paling DIUTAMAKAN ialah

  • CINTA ITU MEMBERI
  • CINTA ITU MENDENGAR
  • CINTA ITU BERKORBAN
  • CINTA ITU BERTANGGUNGJAWAB
  • CINTA ITU MENDOAKAN (berapa ramai yang buat atau setakat cakap je?)
  • CINTA ITU MEMAAFKAN
  • DAN YANG PALING PENTING - jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami isteri. Yakni - CINTA PADA ALLAH! Jagalah cinta kita kepada Allah, Dia akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri. Dan hanya dengan memburu cinta kepada Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.
Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan. Dunia ini menipu daya, ramai manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikna sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga?

Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa Allah. Kembalilah ke sana. Cari kekuatan dan cinta itu semula...Masih ada? Atau tiada...

Petikan Pilihan umi Dari Majalah Solusi Muhajahadah Melawan Nafsu . Soal CInta oleh Pahrol Mohamad Juoi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan