Rabu, 30 Januari 2013

Rezeki Dari Allah

PETUA MURAHKAN REZEKI




Assalamualaikum .. selamat pg mudahan saat ni seme t/jwb kita pd k'ga da kita selesaikan. Jadi, bolehla curi masa ngadap laptop kejap kan... nak bkk fb la, bkk blog la, bkk resepi n mcm2 la ... x lama 5 minit je curi masa, asalkan ada input tuk hr ni ^_^








Hari ni dah 1 Feb 2013, mudahan hari2 yg mendatang akan memberi kita satu, sepuluh, seratus, seribu, sejuta se..se.... kepada kita rahmah dr allah taala, amin......

Berikut adalah kiriman email yang umi perolehi tentang pesanan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .


” Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…


Berdasarkan Hadith Nabi :


“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”


Huraian hadith:


- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )


- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)


- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah


- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)


- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Kesimpulannya:


- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari


- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)


InsyaAllah


Dan pesanan ni umi nak share dengan semua org untuk amalkan agar keberkatan lebih dirasai disamping rahmat allah. Maka berusaha dan bertawakallah.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..


Insya Allah

Salam dr umi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan