Rabu, 30 Januari 2013

Kepentingan Asid Folik



Assalamualaikum... Kali ni umi nak cerita tentang Kepentingan Asid Folik pulak la...
K jom kita baca utk sama2 tambah ilmu x salahkan?

Apa itu ASID FOLIK?
-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.









Mengapa …ia PENTING?


1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida) Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).


2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).


3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  • Sumbing lelangit (cleft palate)
  • Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  • Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  • Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.




Bila ASID FOLIK perlu diambil?


-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.



SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki
SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK

Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain


  • Cara yang paling senang bagi memastikan semua komponen vitamin B lengkap maka saya sarankan supaya mengambil B.Complex Shaklee. Kerana didalam B-complex shaklee semua vitamin B penting ada termasuk Asid Folik.


    Ingin info lanjut hubungi saya :


    Call / SMS : 013-9753435
    Email : Norshida.zakaria@gmail.com
    YM saya : Norshidazakaria
    FB : Umi Shida & Fan Page FB :Umishidaonline

    ** I FOLLOW **

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan